MasterChef Australia (siri 12)

Siri kedua belas MasterChef Australia, juga dikenali sebagai MasterChef Australia: Back To Win (Bahasa Melayu: MasterChef Australia: Kembali Untuk Menang), mula ditayangkan pada 13 April 2020.[1][2] Ia siri pertama yang menampilkan Jock Zonfrillo, Melissa Leong dan pemenang siri empat, Andy Allen sebagai juri,[3][4] setelah Gary Mehigan, George Calombaris dan Matt Preston menarik diri.[5] Siri ini melibatkan bekas peserta yang berprestasi tinggi dari sebelas siri MasterChef Australia yang lalu, kembali untuk satu lagi peluang merebut gelaran 'MasterChef' dan hadiah AU$ 250,000.[6][7]Permohonan untuk menjadi peserta siri MasterChef Australia ke-12 dibuka pada Mei 2019.[8] Katy Perry menjadi juri jemputan dalam cabaran kekebalan selepas lagunya "Hot n Cold" menjadi lagu tema sejak rancangan ini dimulakan.[9]

MasterChef Australia (siri 12)

Negara asal Australia
Rangkaian asal Network 10
Keluaran asal 13 April 2020 (2020-04-13) –
2020 (2020)
Bil. episod 22

Rujukan

WikiPedia: MasterChef Australia (siri 12) https://10daily.com.au/entertainment/tv/a191009ptf... https://10daily.com.au/entertainment/tv/a200217bwv... https://10daily.com.au/entertainment/tv/a200322quz... https://10play.com.au/masterchef/about https://10play.com.au/masterchef/articles/apply-fo... https://10play.com.au/masterchef/articles/masterch... https://www.hit.com.au/story/masterchef-s-poh-reve... https://www.news.com.au/entertainment/tv/reality-t... https://tvblackbox.com.au/page/2020/3/13/katy-perr... https://tvtonight.com.au/2019/07/masterchef-austra...